Tragedi pulang bercuti Atlet Angkat Berat OKU maut rumah ibu terbakar

Muar : Apa yang berlaku sungguh memilukan semasa kejadian ibunya keluar untuk kedai.

Dia yang merupakan Atlet angkat berat Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan maut akibat melecur 80 peratus tubuhnya apabila kediaman yang dihuni bersama ibunya di Taman Pagoh Jaya, di sini terbakar dalam kejadian pada tengah hari Sabtu.

Ketika kejadian, mangsa, Mohd Ata Maarof, 28, berada di bahagian dapur rumah berkenaan.

Allahyarham Mohd Ata difahamkan bekerja di Kuala Lumpur dan pulang bercuti selama lima hari.

Menurut Pegawai Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Husaini Eddy Mustafa, hari ini merupakan hari terakhir mangsa bercuti sebelum kembali semula ke ibu negara untuk kembali bekerja.


"Difahamkan semasa kejadian mangsa seorang diri kerana ibu mangsa keluar ke kedai," kata Husaini Edy ketika dihubungi.

Sementara itu, Husaini Eddy berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.59 pagi sebelum mengerakkan lima anggota dari BBP Pagoh bersama 18 anggota dari BBP Muar.

Katanya, kebakaran di rumah berstruktur kekal berukuran 22 x 72 kaki itu bermula di bahagian dapur rumah tersebut yang sekali gus memusnahkan 60 peratus daripada keseluruhan kediaman itu.

Jelas Husaini Eddy, kebakaran itu dipadamkan menggunakan dua aliran salur bantu mula.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis until tindakan lanjut,katanya. 

Semoga ibu nya tabah apa yang berlaku mengundang pilu insan insan yang mengenali arwah posting apa yang menimpa Ata turut dikongsi selebriti OKU Ras Adiba Radzi melalui facebooknya. Al fatihah.


No comments

Powered by Blogger.