Pulang bertugas jadi pemandu grab anggota bomba maut kemalangan

Langkawi : Tidak disangka oleh seorang isteri yang suami nya akan pergi buat selamanya setelah terlibat dalam kemalangan awal pagi tadi dalam perjalanan berkerja sampingan sebagai pemandu Grab.

Mengikut isterinya arwah suaminya baru saja pulang ke rumah dan bergegas keluar semula untuk cari rezeki tambahan sebagai pemandu Grab, kata Puteri Syamimi Nordin, 23, bercerita mengenai arwah suaminya yang terbabit kemalangan, hari ini.

Ramizee Ramli, 34, yang memandu Perodua Bezza meninggal dunia selepas keretanya terbabas dan melanggar tiang di Jalan Ulu Melaka, Ayer Hangat, Langkawi kira-kira 10 pagi.

Puteri Syamimi berkata, arwah suaminya adalah anggota bomba yang berkhidmat di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi.

Katanya, sudah menjadi kebiasaan arwah untuk memandu Grab jika mempunyai kelapangan bagi menambah pendapatan mereka sekeluarga.

Cuma sebelum kejadian, dia baru saja pulang selepas tamat kerja pada 9 pagi dan bergegas bersiap, kata nak buat Grab.


Saya hanya sempat melihatnya keluar rumah sahaja, tidak sempat menegur, katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Langkawi (HL), hari ini.

Pasangan itu dikurnia bayi lelaki, Iman Mikhail yang baru berusia setahun.

Puteri Syamimi berkata, dia dimaklumkan kejadian menimpa arwah oleh ibunya pada jam 10 pagi.

Arwah suami yang penyayang dan dialah yang selalu menjaga anak lelaki kami jika saya sibuk membuat kuih untuk dijual.

Walaupun amat sedih dengan pemergiannya, saya reda kerana dia pergi ketika dalam perjalanan mencari rezeki untuk kami sekeluarga, katanya. 

Semoga isteri ini tabah tiada lagi suami dan papa buat isteri dan anak kecil ini dia seorang papa yang penyayang semoga rohnya tenang disana.

Permergian nya juga mengundang pilu rakan rakan setugas diJabatan Bomba Langkawi yang bertugas apabila melihat mangsa yang terlibat kemalangan adalah rakan setugas mereka.Al fatihah (dibaca)

1 comment:

Powered by Blogger.