Murid doakan Cikgu Niza mangsa samun cepat sembuh


Mersing : Murid murid Tadika Kemas Felda Tenggaroh 1 sudah semangat untuk memulakan sesi persekolahan 2020.

Namun berita sedih buat mereka bila guru tadika mereka menjadi mangsa samun di Tabika terbabit disaat selepas hari pertama persekolahan bagi Tabika terbabit untuk sesi tahun 2020.

Kini pihak Polis masih memburu suspek kes samun membabitkan guru tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Felda Tenggaroh 1 di Mersing, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, pihaknya bagaimanapun masih meneruskan siasatan dan memburu suspek kes itu.

Buat masa ini, siasatan masih berjalan. Setakat ini belum ada perkembangan positif, katanya ketika dihubungi berhubung kes itu.



Portal Harian Metro melaporkan guru Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Felda Tenggaroh 1 di Mersing, cedera selepas menjadi mangsa samun ketika berada seorang diri di tabika berkenaan.

Dalam kejadian 1 tengah hari, Cikgu Niza,40, bukan sahaja cedera di hidung malah beg tangannya berisi dokumen peribadi dan sejumlah wang tunai dibawa lari.

Dalam kejadian itu, mangsa diserang oleh seorang lelaki bertopeng dan bersenjatakan sebilah pisau.

Suspek melarikan beg tangan mangsa yang mengandungi dokumen peribadi serta sejumlah wang tunai.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. semoga cikgu Niza cepat sembuh dan dapat kembali mengajar.

No comments

Powered by Blogger.