Tragedi balik raya haji .. Ustaz Luqman hilang 2 anak sekali gus wira nya dirempuh Axia di LPT2 (8Gambar)

Chukai : Seorang Ustaz yang merupakan tenaga pengajar di Madrasah Tahfiz Az Zahra Gelang Patah Johor kehilangan 2 anak sekali gus apabila kereta proton wira yang dinaiki mereka dirempuh perodua Axia dalam kejadian di LPT 2 tengahari tadi.
Mangsa Ustaz Luqman bersama isteri nya Ustazah Hanan dan 2 anak mereka dari Gelang Patah menuju Pattani Thailand untuk pulang menyambut hari raya aidiladha disana.
Bh melaporkan dua beradik serta seorang wanita berusia 59 tahun maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 304, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat susur keluar Kijal, di sini, jam 12 tengah hari tadi.
Bayi lelaki bernama waem berusia empat bulan dan kakaknya bernama Wedad berusia tiga tahun yang menaiki kereta Proton Wira maut ditempat kejadian akibat tercampak impak rempuhan.






Jurucakap bomba berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Wira dipandu bapa dua beradik terbabit yang dari arah Kemaman ke Kuala Terengganu dikatakan berhenti di lorong kecemasan di lokasi itu.
Katanya, dalam masa sama, Proton Axia dipandu anak perempuan Hasnah yang menghala ke arah sama dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh bahagian belakang Proton Wira terbabit.
“Rempuhan kuat menyebabkan dua beradik itu termasuk Hasnah tercampak keluar daripada kenderaan masing-masing dan kesemua mereka meninggal dunia di tempat kejadian.
“Ibu bapa dua beradik terbabit dilaporkan parah dan dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut, manakala dua anak Hasnah dan suaminya dilaporkan hanya mengalami cedera ringan,” katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kemaman, Superitenden Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata kes masih dalam siasatan lanjut. Al fatihah.

1 comment:

Powered by Blogger.