Tak sempat ambil SPM .. ajal adik zatul terbujur kaku digilis lori motosikal gagal mencelah (8Gambar)

Alor Gajah : Adik Zatul atau Nurul Farizatul Huza merupakan pelajar tingkatan 5 dan bakal menduduki peperiksaan tak lama lagi namun ajal nya diatas jalan raya apa motosikal yang di tunggang terlibat kemalangan semalam.
Arwah seorang insan insan yang suka tersenyum didalam kelas walaupun dimarah guru itu, kisah diri nya diceritakan guru yang pernah mengajar arwah yang turut bersedih atas apa yang berlaku kepada bekas anak murindnya itu. 
Harian metro melaporkan dua wanita, termasuk seorang pelajar Tingkatan Lima meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Ayer Paabas, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), di Melaka, semalam.
Dalam kejadian 3.30 petang itu, mangsa, Nurul Farizatul Huza Nor Affandi, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Talib Karim dan Azlida Ahmad, 35, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di anggota badan.






Sebelum kejadian, Nurul Farizatul Huza yang menunggang motosikal Yamaha LC dibonceng Azlida dan mereka dalam perjalanan dari arah Alor Gajah ke Simpang Ampat.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Mohd Sham Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai apabila motosikal mangsa, sebuah lori dan Perodua Kenari berhenti di persimpangan lampu isyarat Ayer Paabas.
"Sejurus lampu merah bertukar hijau, mangsa yang menunggang motosikal cuba mencelah dari belakang antara lori dipandu lelaki berusia 48 tahun dan Perodua Kenari dipandu jururawat lelaki berusia 30 tahun.
"Ketika mencelah, motosikal mangsa dipercayai terlanggar bahagian kiri belakang Perodua Kenari lalu terbalik betul-betul di bawah kepala lori. Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi.

Semoga keluarga arwah tabah terutama ibu nya yang kehilangan anak tersayang pergi nya dengan tragis pada 18 syawal. Al fatihah.

No comments

Powered by Blogger.