Terkulai layu kaku tersepit .. Ajal Daus bakal pengantin di perjalanan bertugas (8Gambar)

Jempol : Hasrat seorang Polis Bantuan tidak kesampaian apabila dia terlibat dalam kemalangan dalam kejadian di jalan Tembangau ke Simpang Serting Hilir pagi semalam.

Mohd Firdaus Hussin,26, maut ditempat kejadian apabila Proton Waja yang dipandu nya telah bertembung dengan lori muatan sawit.

Mangsa yang parah akibat tersepit menghembus nafas terakhir ditempat kejadian punca sebenar kejadian kini disiasat oleh pihak berwajib.

Apa yang paling memilukan mangsa sudah mengikat tali pertunangan dengan pasangan nya yang dikenali dengan nama Rohanina mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.







Namun segala hasrat dan keinginan pasangan ini tidak kesampaian apabila Firdaus atau lebih mesra dengan panggilan Daus pergi buat selamanya awal pagi semalam.

Firdaus yang merupakan anak sulung dalam keluarga merupakan seorang yang bertanggung jawab dan amat disenangi namun yang maha esa lebih sayangkan nya.

Jenazah dihantar ke Hospital terdekat sebelum dibawa pulang untuk disemadikan di kampung halaman nya semoga keluarga ini tabah.

Pada Rohanina moga terus kuat yang maha esa lebih sayang kan Daus moga roh nya tenang disana. Al fatihah.

No comments

Powered by Blogger.