CPR terakhir buat adik Haskullah .. dia dan ibu maut ayah parah kereta dirempuh 4x4 perkerja asing (8Gambar)

Pontian : Seorang ibu dan anak lelaki nya maut manakala suami nya parah apabila kereta Proton Iswara yang dinaiki mereka dirempuh sebuah pacuan 4x4 yang dipandu perkerja asing yang dipercayai warga Bangladesh.

Mangsa yang maut dikenali dengan nama Norasamah Binti Abd Karim dan anak bongsu nya yang dikenali dengan nama Haskullah meninggal dunia ditempat kejadian impak kemalangan manakala suami mangsa parah dan di hantar ke Hospital Pontian.

Dalam kejadian pukul 11 malam tadi di persimpangan Teluk Kerang Pontian pacuan 4x4 yang dipandu warga asing tersebut hilang kawalan merempuh kereta yang dinaiki mangsa sekeluarga.

Apa yang paling memilukan pihak paramedik sempat memberi bantuan kecemasan kepada arwah adik Haskullah namun akibat kecederaan dalaman yang parah dia pergi dijemput ajal menemani ibunya.








Punca sebenar kejadian kini disiasat oleh pihak berwajib pemandu warga asing tersebut hanya cedera ringan pacuan 4x4 tersebut dikatakan dipandu warga asing tersebut tanpa lesen memandu, suasana tegang di tempat kemalangan namun di awasi dengan baik oleh pihak berkuasa.

Semoga keluarga mangsa tabah foto terakhir keluarga mangsa mengundang pilu insan-insann yang mengenali mangsa yang mana pada foto tersebut si ibu dan si bongsu tidak memandang kemera itu lah foto terakhir keluarga ini di hari raya lalu.

Arwah adik Haskullah juga mengembus nafas terakhir dengan berbaju melayu mungkin mereka sekeluarga pulang dari berhari raya walaupun sudah masuk seminggu 1 syawal berlalu.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah perkuburan wakaf Rambai Kampung Serkat Timur, semoga roh ibu dan anak ini dicucuri rahmat. Al fatihah.

No comments

Powered by Blogger.